Site icon TechNave BM

Infinix GTBook dilancar: Komputer “gaming” pertama Infinix dengan Intel Gen 13, bermula ~RM3,380

Infinix telah melancarkan komputer riba gaming yang pertama oleh mereka iaitu Infinix GTBook. Ia merupakan komputer multimedia yang dikhaskan untuk gaming dan mempunyai reka bentuk yang serupa dengan siri telefon pintar gaming Infinix GT.

Sebagai sebuah komputer riba gaming, ia mempunyai hiasan cahaya LED RGB di bahagian belakang skrin serta pada papan kekunci. Cahaya LED di belakang skrin mempunuai empat corak pencahayaan, manakala cahaya LED pada papan kekunci pula mempunyai enam mod pencahayaan dan lebih 500 pilihan warna.

Daripada segi spesifikasi, Infinix GT Book menampilkan skrin FullHD berukuran 16 inci dengan kadar segar semula 120Hz, nisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak sehingga 300 nits.

Spesifikasi dalaman pula terdiri daripada varian cipset sehingga Intel Core i9-13900H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan teknologi DLSS 3.5. Varian memori yang ditawarkan pula sehingga 32GB untuk RAM LPDDR5x dan storan SSD PCIe sehingga 1TB.

Baterinya pula berkapasiti 70Wh yang menyokong kadar pengecasan pantas 190W. Selain itu, perisian GT Control Center pula membenarkan pengguna untuk mengoptimakan prestasi untuk kegunaan berlainan dan ia boleh diakses dengan kekunci khas.

Ciri-ciri lain termasuklah pembesar suara stereo DTS, kamera webcam 2MP, sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2 serta sistem operasi Windows 11 Home. Port I/O pula terdiri daripada satu port USB 3.2 Gen2, satu port USB 3.2 Gen1 dan satu port HDMI 2.0.

Infinix GTBook dijual di India pada harga INR99,990 (~RM3,380) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Infinix

Exit mobile version