Infinix melancarkan Hot 11 pada September lalu, dan hari ini, syarikat itu mengumumkan versi 2022nya, yang digelar Infinix Hot 11 2022. Infinix Hot 11 2022 dilengkapi Unisoc T610 dan menampilkan LCD FullHD+ 6.7 inci dengan kecerahan puncak 550 nits.
Telefon pintar ini menjalankan antara muka XOS 10 Lite berasaskan Android 1 dengan pilihan memori RAM 4GB dan 64GB storan dalaman serta slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 1TB.
Untuk fotografi, terdapat kamera 8MP di hadapan dan kamera utama 13MP di belakang beserta sensor kedalaman 2MP. Hot 11 2022 mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan mempunyai sokongan DTS Surround Sound. Bateri berkapasiti 5,000 mAh yang dicas melalui port USB-C dengan kuasa 10W.
Infinix Hot 11 2022 mempunyai tiga pilihan warna iaitu Polar Black, Aurora Green dan Sunset Gold dengan harga INR8,999 (~RM500).
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: GSMArena

