Site icon TechNave BM

Infinix HOT 40 Pro akan dilancar di Malaysia pada 19 Februari 2024

Infinix Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan siri telefon pintar mampu milik, Infinix HOT 40 Pro, pada 19 Februari 2024. Sebelum ini, ia telah pun dilancar untuk pasaran antarabangsa dan terdiri daripada Infinix HOT 40 Pro, Infinix HOT 40 dan Infinix HOT 40i.

Infinix HOT 40 Pro akan dilengkapi RAM sehingga 16GB (apabila digabungkan dengan RAM virtual), storan dalaman sehingga 256GB, cipset MediaTek Helio G99, skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 33W dan bateri besar 5,000mAh.

Siri Infinix HOT 40

Syarikat teknologi itu juga mengumumkan kerjasamanya dengan game mudah alih popular Free Fire bagi menyediakan telefon edisi khas Infinix HOT 40 Pro Free Fire Limited Edition. Telefon khas ini akan dilengkapi pengubahsuaian (customisation) eksklusif dalam bentuk latar belakang (wallpaper), ikon widget, mod swafoto AR dan efek bunyi khas.

Sementara itu, Infinix HOT 40i pula dilengkapi cipset Unisoc T606, skrin dengan kadar segar semula 90Hz, dwi-kamera AI 50MP, kamera swafoto 32MP, pengecasan 18W dan bateri besar 5,000mAh.

Kedua-dua telefon akan dilengkapi enjin gaming XBOOST untuk memberikan pengalaman gaming yang tinggi.

Ini adalah telefon terbaru daripada Infinix Malaysia selepas Infinix Smart 8 Pro yang dilancar pada bulan lalu dengan harga jualan RM399.

Pelancaran siri Infinix HOT 40 Pro akan dibuat dalam laman web Infinix Malaysia, Facebook, Instagram dan TikTok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version