Site icon TechNave BM

Infinix HOT 40 Pro dan HOT 40i dilancar di Malaysia: Helio G99 & RAM 16GB bermula RM549

Infinix HOT 40 Pro kini dilancar di Malaysia sebagai telefon pintar gaming bajet dengan cipset MediaTek Helio G99 berharga RM649. Direka untuk penggemar hiburan, ia menampilkan kadar segar semula 120Hz, prestasi kamera yang bagus dan banyak lagi.

Cipset Helio G99 dibina dengan proses 6nm, menjanjikan prestasi ultra cekap dan penggunaan kuasa yang dikurangkan. Peranti ini menawarkan pengalaman gaming yang lancar dengan enjin permainan XBOOST, sensor giroskop untuk penjejakan tangan dan kadar pensampelan sentuhan 1200Hz untuk ketepatan ketika bermain game.

Dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W, pengguna boleh menikmati penggunaan sepanjang hari atau mendapat sehingga dua jam masa bercakap walaupun dengan bateri yang lemah. Teknologi pembesaran RAM maya menggandakan RAM 8GB asal kepada 16GB, menawarkan prestasi berbilang tugas yang dipertingkatkan dengan storan 256GB.

Dalam pada itu, skrin utama FHD+ 120Hz peranti ini memberikan pengalaman sentuhan segar semula tinggi yang lancar dengan ciri Magic Ring yang akan memberitahu notifikasi seperti buka kunci muka, pengecasan dan panggilan suara untuk kemudahan tambahan.

Persediaan kamera Infinix HOT 40 Pro termasuk lensa resolusi tinggi 108MP, lensa makro 2MP dan kamera swafoto 32MP. Telefon ini tersedia dalam pilihan warna seperti Horizon Gold, Starlit Black, Palm Blue dan Starfall Green menampilkan lapisan kristal berkilauan pada tekstur berbintang yang dikuasakan oleh Luminous Color-Shift Technology.

Pengalaman perisian yang dipertingkatkan dengan XOS 13.5 membawakan Multi-Functional Near Field Communication (NFC) dan audio mengasyikkan dengan pembesar suara dwi stereo terbina dalam, menawarkan medan bunyi yang lebih luas dan kesan bunyi DTS profesional untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

 Infinix HOT 40i pula dilengkapi spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon kelas permulaan pada waktu ini seperti skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi HD+ (720×1612) dan kadar segar semula 90Hz. Rekaan luarannya mempunyai pengimbas cap jadi di bahagian sisi, rating kalis air IP53 dan dulang dwi-kad SIM yang turut menyediakan slot untuk kad memori microSD.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Octa-core, RAM 8GB yang boleh dibesarkan lagi dengan RAM maya sebanyak 8GB, storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD dan bateri 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 18W. Ia menggunakan sistem operasi Android 13 dengan antara muka XOS 13.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Infinix HOT 40 Pro DAN HOT 40i:

Infinix HOT 40 Pro
Infinix HOT 40i

Infinix HOT 40 Pro dan HOT 40i kini boleh dibeli di Malaysia mulai hari ini pada harga RM699 untuk HOT 40 Pro dan RM549 untuk HOT 40i di semua kedai dalam talian rasmi Infinix seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai harga, ketersediaan dan promosi jualan pertama Infinix HOT 40 Pro dan HOT 40i:

Adakah anda akan bertukar ke peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version