Infinix akan melancarkan telefon pintar terbaharunya, Infinix HOT 50 4G, di Malaysia pada 5 Disember 2024. Telefon ini direka untuk menawarkan prestasi hebat dalam kategori bajet dengan spesifikasi yang memenuhi keperluan pengguna kini. Telefon ini menampilkan skrin IPS LCD 6.78 inci dengan resolusi FHD+ dan dilengkapi kadar penyegaran 120Hz.
Infinix HOT 50 4G dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G100 dan hadir dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB serta storan dalaman sehingga 256GB yang boleh dikembangkan melalui kad microSD. Untuk fotografi, HOT 50 4G menawarkan kamera utama 50MP dengan apertur f/1.6 manakala kamera swafoto menggunakan sensor 8MP.
Baterinya berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan menjalankan sistem operasi Android 14 berasaskan antaramuka XOS 14.5. Infinix HOT 50 4G dilengkapi ciri pintar seperti AI wallpaper dan AI voice capture. Ia bakal tersedia dalam warna Sleek Black, Sage Green dan Titanium Grey dengan harga dianggarkan antara RM700 hingga RM900.
Pelancaran ini memperkukuhkan komitmen Infinix dalam menyediakan telefon pintar mampu milik dengan ciri premium kepada pengguna Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Infinix HOT 50 4G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

