Site icon TechNave BM

Infinix HOT 50i dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, bateri 5,000mAh, kamera 48MP bermula RM399

Selain melancarkan Infinix SMART 9, Infinix Malaysia turut melancarkan sebuah lagi telefon mampu milik iaitu Infinix HOT 50i. Dengan harga bermula RM399, telefon ini sesuai digunakan oleh orang yang inginkan telefon murah namun masih mempunyai spesifikasi berkualiti tinggi.

Infinix HOT 50i mempunyai skrin berukuran 6.7 inci dengan resolusi HD+, kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman menatal yang lancar dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.2% yang bermaksud ia mempunyai sempadan bezel yang sangat nipis supaya anda boleh tonton video dengan lebih mengasyikkan.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G81, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. RAM boleh dibesarkan lagi secara maya sebanyak 4GB, manakala storan boleh dibesarkan sehingga 2TB lagi dengan kad memori microSD.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 18W melalui port USB-C. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan antara muka XOS 14.5, namun Infinix tidak menjelaskan berapa lamakah ia akan menerima kemas kini pada masa hadapan.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 48MP dan kamera hadapan 8MP. Walaupun jika dilihat dari belakang, ia seolah-olah mempunyai dua kamera di belakang, namun ia hanya mempunyai satu sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix HOT 50i:

Infinix HOT 50i kini boleh dibeli di Lazada, Shopee, TikTok Shop atau pengedar sah Infinix Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version