Site icon TechNave BM

Infinix HOT 60 Series diperkenal di Malaysia dengan skrin 120Hz, ciri AI bermula RM499

Infinix memperkenalkan HOT 60 Series baharu ke pasaran Malaysia yang menampilkan dua model iaitu Infinix HOT 60 5G dan HOT 60i. Siri ini membawa gabungan teknologi pintar berasaskan AI, prestasi mantap dan reka bentuk bergaya dengan harga mampu milik, bermula dari hanya RM499.

Infinix HOT 60 5G dikuasakan pemproses MediaTek Dimensity 7060 5G dengan skor AnTuTu 513,286 disertakan paparan 6.7 inci 120Hz dan bateri besar 5200mAh. Rekaan nipis 7.8mm dengan kemasan Caramel Glow vegan leather menjadikan ia bukan sekadar peranti pintar, tetapi aksesori bergaya.

HOT 60i pula dilengkapi cip MediaTek Helio G81, bateri 5160mAh dan pengecasan pantas 45W. Ia mampu mengekalkan kesihatan bateri 80% walaupun selepas lima tahun penggunaan. Kedua-dua model menyokong AI pintar termasuk Folax voice assistant, butang Adaptive One-Tap AI dan ciri seperti AI Sketch to Image, Text to Image, AI Summary serta Vogue Portraits.

Fungsi Circle It, Search It membolehkan pengguna mencari info pantas dengan hanya melukis bulatan pada skrin. Ciri tambahan seperti NFC Touch Transfer, UltraLink Free Call tanpa rangkaian dan pensijilan IP64.

Sebagai promosi pelancaran, pelanggan boleh mendapatkan HOT 60 5G secara percuma dengan mendaftar pelan UNI5G Postpaid melalui Unifi Mobile termasuk data tanpa had dan diskaun RM10 jika ada langganan Unifi Home. Siri HOT 60 boleh didapati mulai hari ini di Shopee, Lazada, TikTok Shop serta kedai fizikal dan pengedar sah Infinix di seluruh negara.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HOT 60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version