Site icon TechNave BM

Infinix Malaysia akan buka kedai fizikalnya yang pertama pada 2 November 2024

Infinix Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan kedai rasminya yang pertama untuk pasaran tempatan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 2 November 2024.

Pengunjung boleh cuba dan rasai sendiri pengalaman menggunakan pelbagai jenis peranti Infinix di kedai tersebut, seperti telefon pintar, tablet, fon telinga wayarles dan banyak lagi.

Sewaktu acara pembukaannya, anda boleh sertai pelbagai aktiviti seperti cabaran 1v1 GT 20 Pro di mana anda boleh bertarung dalam game Honor of Kings (HOK) dengan penggaya kostum (cosplayers) HOK. Anda juga boleh mengambil gambar dengan mereka.

Sempena pembukaan kedai ini, Infinix mengadakan promosi khas untuk pengecas wayarles Magpower Wireless Charger pada harga RM29 sahaja (harga asal RM69). Jika anda membeli peranti-peranti terpilih seperti Infinix ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 Pro, NOTE 40 Pro, NOTE 40 5G, NOTE 40X, HOT 50 5G, HOT 50i, SMART 9 atau XPAD, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,956.

Promosi ini akan berlangsung di kedai Infinix Plaza Low Yat sahaja pada 2 hingga 30 November 2024.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadiri acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version