Site icon TechNave BM

Infinix Malaysia bakal lancarkan ZERO X PRO dan ZERO 5G, spesifikasi tertinggi dalam siri ZERO terkini

Infinix merupakan jenama yang semakin popular dalam pasaran elektronik. Kini, mereka memperkenalkan peranti pintar pada Mac 2022 dengan mengemaskini rangkaian siri Infinix ZERO dengan menawarkan Infinix ZERO X Pro dan Infinix ZERO 5G.

Siri Infinix ZERO terkenal dengan prestasi, sistem kamera, reka bentuknya dan spesifikasi  yang sesuai untuk golongan dewasa yang bergaya muda serta golongan profesional. Jenama ini mengembangkan koleksi ZERO dengan memperkenalkan ZERO X Pro yang lebih nampak premium dan mempunyai sambungan 5G.

William Chen, Pengarah Infinix Malaysia berkata bahawa dengan maklum balas positif yang diterima daripada hasil tinjauan bagi ZERO X Neo pada Oktober 2021, Infinix menerima permintaan untuk siri ZERO yang mendorong keluaran ZERO X Pro dan ZERO 5G di Malaysia pada Mac 2022. Beliau turut mengatakan Infinix mengeluarkan peranti dengan harga yang berpatutan dan ingin menyampaikan pengalaman pengguna yang terbaik. Mereka komited untuk menawarkan teknologi tinggi dan boleh diakses tanpa menjejaskan kualiti dan spesifikasi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version