Site icon TechNave BM

Infinix Malaysia tawarkan diskaun sehingga 33% sempena 10.10, bermula RM250

Jika anda berminat untuk membeli telefon pintar atau tablet Infinix, anda boleh dapatkan penjimatan sewaktu promosi Infinix 10.10 Super Sale yang sedang berlangsung sehingga 14 Oktober 2025 dalam Shopee, TikTok Shop dan Lazada.

Antara peranti Infinix yang ditawarkan dalam promosi ini termasuklah telefon pintar Infinix Smart 10, Infinix HOT 50 5G, Infinix GT 30 dan Infinix GT 30 Pro, serta tablet Infinix XPAD 20 dan Infinix XPAD 4G LTE. Anda boleh dapatkannya pada harga bermula daripada RM250 sahaja.

Infinix GT 30 pula boleh dibeli pada harga bermula RM995.08, Infinix XPAD 20 bermula pada RM496.40 manakala Infinix XPAD 4G LTE bermula pada RM666.40.

Sempena promosi ini, Infinix akan menganjurkan kerjasama dengan game Delta Force bersama personaliti e-sukan Daddyhood dan Yonsan. Kerjasama ini diberikan tajuk GT 30 x Delta Force 8v8 Crossover Challenge: Team Deathmatch pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025 jam 8:00 malam dan disiarkan secara langsung di TikTok @infinixmy.

Para penonton siaran langsung ini berpeluang memenangi wang tunai RM500 dan pelbagai item dalam game Delta Force. Pemenang akan dipilih berdasarkan waktu tontonan dan penyertaan aktif sepanjang siaran.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version