Site icon TechNave BM

Infinix Malaysia x Free Fire bakal lancarkan telefon ‘gaming’ tidak lama lagi

Baru-baru ini, Infinix Malaysia memuat turun imej promosi mengenai peranti akan datang yang turut menunjukkan kerjasamanya bersama Free Fire. Kerjasama ini telah berlaku sejak 2022 di mana syarikat tersebut mengeluarkan telefon Infinix Note 12 G88 dan Note 12 G96.

Namun tiada sebarang maklumat termasuk tarikh keluaran, harga, spesifikasi teknologi dan ciri yang terperinci tentang peranti gaming Infinix Free Fire ini. Jika dilihat pada imej di bawah, terdapat dua watak dalam warna hitam di mana salah seorang watak tersebut seperti Kapella versi K-Pop daripada Free Fire. 

Memandangkan Note 12 G88 berharga RM749 manakala Note 12 G96 dijual pada harga RM769, kerjasama kali ini mungkin mengeluarkan peranti baharu dalam julat harga itu. Namun, adakah ia mempunyai sambungan 5G dan ciri menarik?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version