Site icon TechNave BM

Infinix mungkin akan keluarkan telefon lipat pertamanya, Infinix Zero Flip

Infinix mungkin akan mengeluarkan telefon pintar boleh lipat pertamanya, Infinix Zero Flip untuk mengikuti perkembangan dalam industri telefon pintar terkini. Walaupun spesifikasinya masih tidak didedahkan, Android Headlines telah mendedahkan butiran khusus tentang Zero Flip, memberi jangkaan pengalaman unik kepada pengguna.

Butiran ini diambil setelah kewujudan telefon pintar itu dibuat selepas model Infinix yang dikenal pasti sebagai X6962 yang telah lulus pensijilan EEC seperti yang dilaporkan oleh sumber dalaman. Ia mungkin membawa harga yang lebih berpatutan berbanding telefon lipat yang lain.

Dengan beberapa jangkaan, ia mungkin hampir serupa dengan Tecno Phantom V Flip 5G. Peminat Infinix menaruh harapah yang tinggi sambil menantikan butiran lanjut mengenai ciri-ciri dan keupayaan Infinix Zero Flip untuk meneroka kelebihan potensinya dalam landskap telefon pintar boleh lipat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version