Site icon TechNave BM

Infinix Note 12 bakal dilancar di Malaysia 5 Mei ini, berharga RM749

Baru sahaja dilancarkan dan kini Infinix Note 12 akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia tidak lama lagi. Ia adalah peranti segmen pertengahan dengan cipset MediaTek Helio G88. Selain itu, beberapa ciri utama lain yang ditampilkan ialah skrin besar, keupayaan memori maya dan bateri dengan sistem pengecasan pantas 33W.

Melihat kepada perkongsian terbaru Infinix, peranti itu boleh didapati mulai 5 Mei melalui Shopee. Infinix Note 12 dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+, MediaTek Helio G88, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Terdapat tiga kamera pada belakangnya iaitu 50MP + 2MP + QVGA manakala kamera swafoto pula menggunakan sensor ialah 16MP. Spesifikasi lain termasuk menyokong RAM maya sehingga 5GB, pembesar suara stereo dengan DTS dan menjalankan XOS 10.6 berdasarkan Android 11.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version