Site icon TechNave BM

Infinix NOTE 40 5G dilancar di Malaysia: AMOLED 6.78″, Dimensity 7020, cas pantas 33W berharga RM1,299

Selepas melancarkan Infinix NOTE 40 Pro 5G dan Infinix NOTE 40 4G beberapa bulan lalu, kini Infinix Malaysia melancarkan satu lagi varian dalam siri Infinix NOTE iaitu Infinix NOTE 40 5G. Ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang dilengkapi spesifikasi yang agak menarik.

Antara ciri menarik pada telefon ini adalah cipset MediaTek Dimensity 7020 5G yang menampilkan lapan teras CPU dan boleh menghasilkan pengalaman yang pantas dalam kegunaan harian serta bermain game. Selain itu, ia mempunyai bateri besar 5,000mAh yang turut menyokong kadar pengecasan pantas 33W.

Ia boleh dicas secara wayarles dengan teknologi pengecasan wayarles 15W MagCharge, serta mempunyai fungsi Reverse Charge untuk mengecas peranti lain secara wayarles.

Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak sehingga 1,300 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.80% untuk pengalaman tontonan yang menarik.

Kameranya juga mempunyai spesifikasi yang agak menarik, seperti kamera utama 108MP dan dua kamera tambahan 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Ia menawarkan pelbagai mod fotografi seperti Film, AI Cam, Portrait, Super Night dan AR Shot, manakala untuk rakaman video pula, ia boleh merekod dalam resolusi sehingga 2K.

Telefon ini juga akan menerima kemas kini Android yang utama selama dua tahun, manakala kemas kini keselamatan pula selama tiga tahun.

Perbezaan utama NOTE 40 5G dengan NOTE 40 4G adalah daripada segi cipset (varian 4G menggunakan MediaTek Helio G99 Ultimate) dan kadar pengecasan pantas (varian 4G mempunyai kadar 45W dan kadar wayarles 20W).

Warna Titan Gold
Warna Obsidian Black

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix NOTE 40 5G:

Infinix NOTE 40 5G boleh dibeli dari Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version