Selepas melancarkan Infinix NOTE 40 5G pada bulan Jun lalu, Infinix Malaysia akan melancarkan sebuah lagi varian baharu dalam siri telefon pintar tersebut iaitu Infinix NOTE 40X 5G pada 1 Ogos 2024.
Antara spesifikasi yang dilengkapi dalam telefon tersebut adalah cipset MediaTek Dimensity 6300 5G, kamera utama 108MP, RAM 12GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan kadar pengecasan 18W. Di hadapan, ia mempunyai skrin berukuran 6.78 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Ia turut mempunyai pembesar suara stereo DTS, pengimbas cap jari sisi dan sistem operasi Android 14 yang mempunyai antara muka XOS 14. Pilihan warnanya terdiri daripada tiga iaitu hijau Lime Green, hitam Starlit Black dan biru Palm Blue.
Telefon ini sudah pun mula dijual di laman rasmi Infinix Malaysia dalam Shopee, dengan harga bermula RM869.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Infinix terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

