Selepas dilancarkan pada 20 Februari lalu di China, Infinix secara rasmi mengumumkan ketibaan NOTE Edge untuk pasaran Malaysia pada 4 Februari 2026. Menariknya, Infinix NOTE Edge merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7100 5G.
Keunggulan peranti ini turut terletak pada kapasiti bateri 6500mAh yang merupakan bateri terbesar pernah diperkenalkan oleh Infinix untuk pasaran Malaysia setakat ini. Meskipun memiliki kapasiti bateri yang sangat besar, Infinix berjaya memuatkan komponen tersebut ke dalam kerangka peranti yang hanya setebal 7.2mm.
Baterinya bukan sahaja direka untuk tahan lama dengan keupayaan mengekalkan 80% kapasiti selepas 2,000 kitaran cas, malah ia dilengkapi teknologi self-healing pertama dalam industri yang mampu membaiki kerosakan mikro secara automatik bagi meminimumkan degradasi jangka panjang.
Infinix NOTE Edge menampilkan skrin AMOLED 3D Curved 1.5K bersaiz 6.78 inci yang dilengkapi teknologi penjagaan mata bagi menjamin keselesaan penggunaan sepanjang hari. Skrinnya menawarkan kadar segar semula 120Hz, kedalaman warna 10-bit serta bezel ultra-nipis hanya 1.87mm.
Bersempena pelancaran Note Edge, Infinix akan mengadakan sesi jualan eksklusif melalui TikTok Live pada 4 Februari 2026 bermula jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam yang dikendalikan oleh Jay Khor. Para penonton berpeluang menikmati promosi khas, diskaun penstriman langsung serta berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Envelope Bags edisi terhad dan NOTE Gift Box yang bernilai RM599.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

