Site icon TechNave BM

Infinix perkenal ZERO Series Mini Tri-Fold, telefon lipat konsep dengan dua engsel

Infinix memperkenalkan inovasi baharu dengan ZERO Series Mini Tri-Fold, telefon lipat konsep pertama yang mampu bertukar daripada telefon pintar kepada paparan bebas tangan dan kamera kompak. Reka bentuk tri-lipat dengan dua engsel membolehkan peranti ini digunakan dalam pelbagai situasi.

Ia boleh dipasang pada peralatan gimnasium untuk menjejak senaman, dilekatkan pada beg untuk rakaman aksi atau digunakan sebagai telefon pintar yang praktikal serta bergaya. Tidak seperti telefon lipat konvensional, ZERO Series Mini Tri-Fold menawarkan mod berbilang fungsi. Ia boleh berdiri sendiri untuk panggilan video, hiburan dan navigasi tanpa perlu dipegang.

Dengan aksesori khas, ia juga boleh dipasang pada pemegang basikal atau papan pemuka kereta untuk pengalaman penggunaan yang lebih fleksibel. Konsep lipatan ke luar memberikan pengalaman dwi-skrin intuitif yang memudahkan komunikasi pelbagai bahasa secara langsung.

Peranti ini turut berfungsi sebagai kamera berkualiti tinggi untuk membolehkan pengguna mengambil gambar dan video dengan jelas sambil menggunakan skrin besar untuk pandangan lebih luas. Apabila dilipat, ZERO Series Mini Tri-Fold berubah menjadi telefon pintar kompak dan ringan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ZERO Series Mini Tri-Fold dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version