Site icon TechNave BM

Infinix sahkan siri Note 60 tiba sebagai telefon pertama dengan cip Snapdragon

Infinix hari ini secara rasmi mengumumkan peralihan strategik dengan menggunakan platform Qualcomm Snapdragon bagi kategori telefon pintar terpilih dan produk yang lebih luas. Langkah ini akan dimulakan menerusi pelancaran siri NOTE 60 dalam mengukuhkan prestasi sistem dan pengalaman pengguna jangka panjang menggunakan platform Snapdragon.

Siri NOTE 60 merupakan barisan telefon pintar pertama daripada Infinix yang akan dikuasakan oleh platform mudah alih tersebut, selepas Infinix sebelum ini hanya menggunakan cip Snapdragon bagi barisan produk tablet mereka sepanjang tahun lepas.

Keputusan untuk memperluaskan penggunaan cip pemprosesan daripada Qualcomm ke dalam ekosistem telefon pintar didorong oleh maklum balas pasaran yang positif terhadap produk tablet mereka sebelum ini.

Kolaborasi antara Infinix dan Qualcomm Technologies memfokuskan kepada penyampaian prestasi yang stabil dan konsisten dalam beberapa aspek teras termasuk kecekapan kuasa, pengalaman permua yang imersif, sistem pengimejan canggih serta integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada strategi “premiumization” Infinix untuk memperkukuh daya saing jangka panjang dan menembusi pasaran peranti kelas atasan dengan lebih jelas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version