Site icon TechNave BM

Infinix Smart 7 dilancar: Unisoc SC9863A, skrin HD+ 6.6″ dan bateri 6,000mAh pada ~RM391

Infinix telah melancarkan telefon pintar Smart 7 baharu di pasaran India. Peranti ini membawa harga yang berpatutan dan menampilkan beberapa spesifikasi yang ketara.

Ia menampilkan reka bentuk corak gelombang unik di bahagian belakang yang disalut dengan semburan ion perak pada kadar antibakteria 99 peratus untuk kelihatan premium. Dataran kamera di bahagian belakang menempatkan dwi-kamera besar dan pengimbas cap jari. 

Sementara itu, bahagian hadapan peranti ini memaparkan paparan HD+ 6.6 inci yang mempunyai 500 nits kecerahan puncak dan takuk titisan air. Ia dilengkapi dengan cipset Unisoc SC9863A, RAM 4GB yang boleh dikembangkan hampir 3GB dan storan 64GB. 

Infinix Smart 7 dikuasakan oleh pek bateri 6,000mAh yang besar tanpa pengecasan pantas iaitu kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada kebanyakan telefon bajet dalam kategori ini. Kamera belakangnya membawa sensor 13MP dan lensa AI, manakala bahagian hadapan menempatkan sensor swafoto 5MP.

Ciri-ciri lain termasuk, XOS 12 berdasarkan Android 12, dwi SIM. slot kad mikroSD, port USB- C, dwi 4G VoLTE dan Bluetooth 4.2. Telefon bajet baharu ini akan disediakan dalam pelbagai warna termasuk Azure Blue, Emerald Green dan Night Black. Ia akan mula dijual mulai 27 Februari 2023untuk pada 7,299 INR (~RM391).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version