Site icon TechNave BM

Infinix Smart 8 dilancarkan: Skrin HD+ 6.6″ 90Hz dan bateri 5,000mAh berharga ~RM478

Infinix telah memperkenalkan tambahan terbarunya kepada siri Smart iaitu Infinix Smart 8. Telefon pintar gantian kepada Smart 7 yang membuat penampilan sulungnya pada awal tahun ini, Smart 8 direka untuk memenuhi keperluan bajet pengguna tanpa menjejaskan ciri penting.

Smart 8 menampilkan paparan HD+ 6.6 inci beresolusi 720 x 1612 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Unisoc T606, RAM 4GB dan tambahan 4GB RAM maya serta storan 128GB yang boleh dikembangkan melalui mikroSD. Ia juga mempunyai kamera belakang 13MP yang dilengkapi dengan lensa AI.

Di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 8MP. Infinix Smart 8 hadir dengan XOS 13 berdasarkan Android 13, pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, bateri 5,000mAh serta tersedia dalam warna Timber Black, Galaxy White, Crystal Green dan Shiny Gold. Pilihan kesambungan termasuk sokongan dwi SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth 5 dan banyak lagi.

Infinix Smart 8 dijual pada tanda harga NGN 82,000 (~RM478). Sama-sama kita nantikan pengumuman Infinix Malaysia tentang ketersediannya dalam pasaran tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FoneArena

Exit mobile version