Site icon TechNave BM

Infinix SMART 8 Pro akan dilancar di Malaysia pada 31 Januari 2024

Infinix Malaysia akan melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Infinix SMART 8 Pro pada hari Rabu, 31 Januari 2024. Ia merupakan telefon terbaru dalam siri SMART, selepas Infinix SMART 6 diperkenalkan pada 2022.

Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan termasuklah RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya serta storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Telefon ini sudah pun diperkenalkan buat kali pertama di India pada bulan November 2023 dan ia menampilkan skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Ia mempunyai cipset MediaTek Helio G36 dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan 10W. Sistem kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera hadapan 8MP.

Ciri-ciri lain termasuklah pengimbas cap jari di bahagian sisi, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasinya adalah Android 13, namun setakat ini masih tidak diketahui jika ia akan didatangkan dengan Android 14 untuk pasaran Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version