Site icon TechNave BM

Infinix SMART 9 dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, Helio G81, bateri 5,000mAh berharga RM299

Infinix Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon pintar yang sangat mampu milik iaitu Infinix SMART 9. Dengan harga serendah RM299 sahaja, anda sudah boleh dapatkan telefon pintar kelas permulaan yang lengkap untuk segala keperluan harian anda.

Telefon ini dilengkapi skrin besar berukuran 6.7 inci dengan resolusi HD+ (720×1600), kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman menatal yang lancar dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.2% yang bermaksud ia mempunyai sempadan bezel yang sangat nipis.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G81 yang mempunyai dua teras prestasi Cortex-A75 2.0GHz dan enam teras kecekapan Cortex-A55 1.7GHz untuk menjana prestasi yang memadai untuk keperluan harian.

Untuk RAM, ia mempunyai kapasiti 3GB dan boleh dibesarkan lagi secara maya sebanyak 3GB. Storan dalamannya berkapasiti 64GB dan boleh dibesarkan sebanyak 2TB lagi dengan kad memori microSD. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan 10W melalui port USB-C.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP. Sistem operasinya menggunakan Android 14 Go Edition dengan antara muka XOS 14.0, namun Infinix tidak menjelaskan berapa lamakah ia akan menerima kemas kini pada masa hadapan.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix SMART 9:

Infinix SMART 9 kini boleh dibeli di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah Infinix Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon mampu milik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version