Site icon TechNave BM

Infinix XPAD 20 dilancar dengan ciri AI, skrin 90Hz 11” dan bateri 7,000mAh

Infinix kini telah melancarkan secara rasmi tablet terbaharu dengan XPAD 20 untuk pasaran global. Meskipun tarikh pelancaran khusus bagi setiap rantau belum diumumkan, peranti ini kini sudah tersenarai di laman rasmi global Infinix. XPAD 20 dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G88 2.0GHz bersama GPU ARM Mali-G52 2EEMC2 dan menjalankan sistem operasi Android 15.

Infinix turut menjanjikan kemas kini tampalan keselamatan selama dua tahun untuk model ini. Ia menggunakan RAM jenis LPDDR4X dan storan eMMC serta menyokong pengembangan storan sehingga 1TB menerusi kad microSD. Bahagian paparan menampilkan skrin IPS LCD 11 inci dengan resolusi Full HD+ (1200×1920), nisbah skrin-ke-badan 83.70% dan gamut warna NTSC 72%.

Panel ini menyokong kadar segar semula 60Hz dan 90Hz, kadar pensampelan sentuh 180Hz serta tahap kecerahan maksimum 440 nits. Skrin ini turut menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan cahaya biru rendah. XPAD 20 dilengkapi kamera belakang 8MP dengan denyar yang menyokong rakaman video 1080p pada 30fps.

Kamera hadapan pula menggunakan sensor 5MP dengan denyar dan menyokong rakaman video 720p pada 30fps. Bateri berkapasiti 7000mAh disertakan dengan sokongan pengecasan berwayar 10W menerusi port USB-C. Untuk sambungan, tablet ini menyokong rangkaian 2G, 3G, 4G, WiFi 5, Bluetooth 5.2, GPS dan fungsi OTG. Bicu audio 3.5mm dan sensor G juga disertakan.

Tablet ini menyokong kad nano SIM dan microSD melalui dulang gabungan. XPAD 20 turut menerima beberapa ciri pintar seperti sokongan AI dan kerjasama berbilang peranti. Ia hadir dalam empat pilihan warna seperti Rising Red, Dreamy Purple, Forest Green, dan Stellar Grey. Aksesori tambahan seperti sarung pelindung, papan kekunci dan stilus turut ditawarkan secara berasingan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Infinix

Exit mobile version