Site icon TechNave BM

Infinix XPAD Edge dilancar di Malaysia: Skrin FHD+ 13.2″ dan RAM 16GB berharga RM1,299

Direka untuk gaya kerja hibrid masa kini, Infinix XPAD Edge menawarkan pengalaman setaraf PC melalui paparan 13.2 inci dengan nisbah 3:2 yang sesuai untuk dokumen, pembentangan dan tugasan berbilang aplikasi. Ia menyokong mod split-screen, Parallel Windows dan drag-and-drop untuk pelbagai tugas yang lebih efisien.

Tablet ini turut menyokong sambungan papan kekunci, tetikus, Wireless Second Screen untuk PC serta aksesori X Keyboard 20 dan X Pencil 20 bagi pengalaman kerja dan penulisan yang lebih fleksibel dan profesional. Dikuasakan oleh Infinix AI, XPAD Edge meningkatkan kecekapan melalui ciri seperti Folax Voice Assistant, AI Screen Recognition, Hi Translation, AI Writing dan AI Art.

Selain produktiviti, tablet ini turut menawarkan pengalaman hiburan yang mengagumkan dengan sistem empat pembesar suara berkuasa tinggi. Dengan storan besar, sokongan suntingan video terus pada peranti serta bateri tahan lama, XPAD Edge direka untuk menyokong kerja, pembelajaran dan kreativiti dalam satu peranti ringan yang serba boleh.

Spesifikasi Utama Infinix XPAD Edge

Infinix XPAD Edge
Tarikh Jualan Dalam Talian dan Luar TalianKhamis, 18 Disember 2025
Platform Jualan Dalam TalianInfinix Official Stores di Shopee, Lazada, TikTok Shop
Platform Jualan Luar TalianInfinix Brand Stores and Infinix Authorised Dealers
Variasi Warna yang TersediaCelestial Ink
RRP256GB + 16GB: RM1,299
Hadiah percuma (bernilai RM599)XPAD Edge CoverX Keyboard 20X Pencil 20

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version