Site icon TechNave BM

Infinix XPAD GT akan dilancar di Malaysia pada 21 Mei 2025

Infinix Malaysia akan melancarkan tablet gaming Infinix XPAD GT pada 21 Mei 2025, bersama siri telefon pintar Infinix GT 30 Pro. Ia juga merupakan peranti pertama dalam ekosistem GT VERSE yang menawarkan pelbagai kategori peranti untuk kegunaan gaming.

Infinix XPAD GT bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888, skrin 13 inci dengan resolusi 2.8K dan kadar 144Hz, serta lapan pembesar suara 3D. Dengan cipset sedemikian, ia boleh menghasilkan prestasi gaming yang agak tinggi, walaupun ia bukanlah cipset tercanggih oleh Qualcomm pada waktu ini.

Ia juga akan dilengkapi sistem pembantu Infinix AI∞ dengan Folax yang akan dioptimakan untuk skrin saiz besar buat kali pertama. Selain itu, ia turut dilengkapi bateri 10,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 33W dan sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber).

Sementara itu, Infinix mengatakan ekosistem GT VERSE akan terdiri daripada komputer riba, fon telinga, jam tangan pintar dan aksesori penyejukan. Layari laman web Infinix Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version