Baru-baru ini, Infinix telah melancarkan telefon pintar Zero 30 5G untuk pasaran global. Sebelum ini, Zero 30 5G disebut-sebut sebagai peranti yang ideal untuk vlogger dengan kerana terdapat beberapa ciri yang dipertingkatkan terutama spesifikasi kamera.
Infinix Zero 30 5G menawarkan paparan AMOLED 6.78 inci dengan sisi melengkung dan potongan lubang tebuk pada bahagian tengah. Ia mempunyai resolusi FHD+, kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Skrin juga disepadukan dengan pengimbas cap jari.
Kedua-dua panel hadapan dan belakang dilindungi oleh Gorilla Glass untuk perlindungan. Infinix Zero 30 5G menampilkan kamera utama 108MP OIS dengan zum dalam-sensor 3x dipasangkan dengan unit sudut ultra lebar 13MP dan lensa AI. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50MP dengan sokongan rakaman video 4K pada 60fps.
Untuk pengetahuan, kebanyakan telefon pintar menawarkan rakaman video 1080p melalui kamera hadapan. Infinix Zero 30 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8020, RAM sehingga 12GB ditambah dengan RAM maya 9GB. Storan tersedia pada kapasiti 256GB dan baterinya berkapsiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W.
Ia beroperasi menggunakan XOS 13 berdasarkan Android 13. Infinix Zero 30 5G ditawarkan dalam warna Rome Green dan Golden Hour. Harga peranti ini bermula pada Rs 23,999 (~RM1,348) untuk varian 8/256GB manakala pilihan varian 12/256GB berharga Rs 24,999 (~RM1,404). Namun, kita perlu menunggu ketersediaanya secara rasmi di pasaran Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

