Site icon TechNave BM

Infinix ZERO ULTRA dilancarkan: AMOLED 120Hz, kamera 200MP dan cas pantas 180W berharga ~RM2,410

Infinix akhirnya mengumumkan telefon pintar perdana baharunya iaitu Infinix ZERO ULTRA. Infinix ZERO ULTRA hadir dengan reka bentuk premium. Telefon ini mempunyai paparan melengkung dan hadir dalam pilihan warna perak Coslight yang unik dengan kaca bertekstur 3D di bahagian belakang. Ia juga tersedia dalam warna hitam.

Telefon pintar ini memaparkan paparan AMOLED melengkung 3D Full HD+ 6.8 inci beresolusi 2400 × 1080 piksel dan kadar penyegaran 120hz. Ia didatangkan dengan bezel nipis dengan kecerahan puncak 900 nits. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 920 berasaskan proses 6nm dan mempunyai 2 x 2.5GHz Cortex-A78 + 6 x 2GHz Cortex-A55 CPU.

Peranti ini dilengkapi dengan GPU Mali-G68 MC4, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan sistem operasi XOS 12 berdasarkan Android 12. Pada bahagian belakang terdapat kamera utama 200MP dengan OIS, ultralebar 13MP dan 2MP. Pada bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32MP dengan dua denyar LED.

Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong 180W Thunder Charge yang boleh mengecas bateri telefon sehingga 100% dalam masa 12 minit sahaja. Infinix ZERO ULTRA telah dilancarkan di pasaran global berharga $520 (~RM2,410) untuk storan tunggal 8/256GB. Adakah anda berminat dengan Infinix ZERO ULTRA?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version