Site icon TechNave BM

Inflasi naikkan harga iPhone SE sebanyak RM200, siri iPhone 12 & harga iPhone 13 turun sedikit

Seperti biasa, setelah pelancaran iphone baharu, model-model iPhone lama akan menjadi lebih murah. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak terjadi dalam pasaran Malaysia. Disebabkan oleh inflasi, iPhone SE generasi ketiga menjadi lebih mahal manakala harga siri iPhone 13 dan iPhone 12 hanya turun sedikit.

iPhone SE telah diselaraskan denga isu inflasi membawa harga RM2,249 (64GB), RM2,499 (128GB) dan RM2,999 (256GB). Harga pelancaran peranti tersebut merupakan RM2,099, RM2,299 dan RM2,799 untuk jumlah storan yang sama. 

Sebaliknya, iPhone 13 mini dan iPhone 13 mendapat potongan RM200 tetapi bukan untuk konfigurasi memori tertinggi. iPhone 12 mempunyai penurunan terbesar daripada harga asalnya tetapi ia kini mempunyai tanda harga yang sama seperti iPhone 13 mini. Di bawah merupakan harga siri iPhone 12 dan 13 terkini:

Model iPhoneSebelum (RM)Selepas (RM)
iPhone 13 mini (128GB)3,3993,199
iPhone 13 mini (256GB)3,8993,699
iPhone 13 mini (512GB)4,7994,699
iPhone 13 (128GB)3,8993,699
iPhone 13 (256GB)4,3994,199
iPhone 13 (512GB)5,2995,199
iPhone 12 (64GB)3,8993,199
iPhone 12 (128GB)4,0993,449
iPhone 12 (256GB)4,5993,949

Untuk makluman anda, pra-tempah bagi iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max untuk pasaran Malaysia bermula pada 16 September dan akan mula dijual pada 23 September 2022. Pra-tempah untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan bermula pada hari yang sama tetapi iPhone 14 akan hadir terlebih dahulu pada 23 September diikuti oleh iPhone 14 Plus pada 7 Oktober 2022.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version