Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) hari ini merasmikan siri Jelajah MISI 5 yang akan diadakan di seluruh negara bagi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) kedua Proton iaitu Proton e.MAS 5. Ia merupakan sebuah kenderaan EV yang mampu milik dan bakal menjelajah ke lima wilayah seluruh negara daripada Ogos hingga Oktober 2025.
Sepanjang jelajah ini, orang ramai boleh melihat dan merasai kecanggihan e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya yang akan berlaku pada hujung tahun ini. Kenderaan ini difokuskan kepada golongan muda yang tinggal di bandar, mempunyai keluarga dan berminat untuk beralih kepada kenderaan EV.
Berikut adalah jadual Jelajah MISI 5 yang akan berlangsung pada bulan Ogos, September dan Oktober:
- (Lembah Klang) Selangor, Kuala Lumpur: 8-10 Ogos & 15-17 Ogos
- (Utara) Penang, Perak, Kedah: 21-25 Ogos
- (Pantai Timur) Pahang, Terengganu, Kelantan: 4-8 September
- (Selatan) Johor: 13-15 September
- (Selatan) Negeri Sembilan, Melaka: 20-21 September
- Sarawak: 25-28 September
- Sabah: 3-5 Oktober
Beberapa pempengaruh popular akan turut berada dalam siri jelajah ini untuk memeriahkan acara. Selain itu, Proton e.MAS 5 juga akan membuat penampilan di beberapa lokasi ikonik dalam Lembah Klang pada 15 Ogos, seperti Batu Caves, Masjid Putra, Pasar Seni, KLCC dan Jambatan Saloma.
Beberapa bilik pameran di Lembah Klang juga akan mempamerkan Proton e.MAS 5 pada tarikh-tarikh berikut:
- 9 Ogos: SG Car (Shah Alam), Wheelcorp (Setia Alam), EON (Glenmarie) dan AJG (Puchong)
- 10 Ogos: AJG (Sri Kembangan), Jawira (Balakong), ProAuto (Kajang) dan Jewel Sonic (Putrajaya)
- 16 Ogos: Able Mobility (Cheras), MBF EV (Jalan Tun Razak), Cahaya (Segambut) dan Igreen (Setapak)
- 17 Ogos: Pantai Bharu (Rawang), EON (Damansara), Regal Motor (Petaling Jaya) dan Peringgit (Jalan Klang Lama)
Anda boleh ikuti saluran media sosial Proton e.MAS di Facebook, Xiaohongshu, TikTok dan Instagram untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

