Site icon TechNave BM

Ingin melancong ke luar negara tapi tak tahu bahasa di sana? Siri Samsung Galaxy S24 boleh bantu anda

Kami yakin ramai di kalangan kita ingin mengembara ke luar negara untuk melihat sendiri pelbagai keunikan dan tarikan pelancong di negara-negara idaman. Bagi memudahkan pengalaman sewaktu berada di sana, penting untuk kita mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi supaya kita boleh memahami pelbagai tanda jalan dan boleh berinteraksi dengan orang tempatan jika kita ingin bertanya sesuatu.

Sungguh pun demikian, terdapat banyak negara yang rakyatnya tidak mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi seperti Thailand, Vietnam, India, Jepun, Korea Selatan dan banyak lagi. Jika anda ingin berinteraksi dengan orang tempatan untuk bertanyakan arah, anda perlu bantuan pengantara bahasa untuk memudahkan komunikasi, dan ini adalah antara fungsi utama yang ditawarkan dalam Galaxy AI,

Jadi bagaimana Galaxy AI yang dilengkapkan dalam siri Samsung Galaxy S24 ini boleh membantu kerja-kerja penterjemahan dan memudahkan komunikasi dengan orang yang bercakap berlainan bahasa? Jom kita lihat:

Panggilan telefon yang menterjemahkan suara anda

Apabila anda membuat panggilan telefon dengan orang yang bercakap bahasa berlainan, anda boleh aktifkan Live Translate kemudian Galaxy AI boleh menterjemahkan suara anda.

Sebagai contoh, jika anda ingin bercakap dengan kenalan anda yang berasal dari Jepun dan beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda boleh aktifkan Live Translate sewaktu membuat panggilan telefon, kemudian apabila anda bercakap dalam Bahasa Inggeris, Galaxy AI akan menterjemahkan dialog anda dalam bentuk audio kepada rakan anda.

Apabila beliau bercakap dalam Bahasa Jepun pula, Galaxy AI akan menterjemahkan suara beliau dan menghasilkan audio terjemahan dalam Bahasa Inggeris supaya anda boleh memahaminya.

Contoh Live Translate yang menterjemahkan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun

Malah, Galaxy AI akan turut memaparkan transkrip percakapan anda sewaktu membuat panggilan telefon supaya anda boleh lihat apa yang telah dituturkan oleh kedua-dua pihak.

Beliau tidak perlu menggunakan peranti Samsung untuk menikmati ciri Live Translate. Selagi anda membuat panggilan telefon daripada mana-mana varian siri Samsung Galaxy S24, anda boleh mengaktifkan Live Translate dan ia akan berfungsi dengan sebarang model telefon.

Perlu diingati bahawa anda perlu memuat turun pek bahasa terlebih dahulu untuk menggunakan Live Translate. Ia boleh dimuat turun secara percuma dengan Samsung Account anda. Buat masa ini, bahasa yang disokong oleh Live Translate adalah bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Korea, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Hindi, Poland, Thai dan Vietnam sahaja.

Tidak perlu lagi muat turun aplikasi penterjemahan pihak ketiga

Dengan Galaxy AI dalam siri Samsung Galaxy S24 , ia sudah pun mempunyai aplikasi dalaman (built-in app) bernama Interpreter yang boleh memuat turun pelbagai bahasa untuk menterjemahkan komunikasi. Interpreter boleh diakses daripada ruang Quick Settings yang dibuka daripada bahagian atas telefon.

Untuk menggunakan aplikasi Interpreter ini, anda boleh cakap sahaja topik yang anda ingin tanya kepada orang di hadapan anda, kemudian Interpreter ini akan menterjemahkan suara anda kepada bahasa yang diinginkan. Orang itu juga boleh bercakap dalam bahasanya kemudian Interpreter akan menterjemahkannya ke dalam bahasa yang anda boleh faham.

Jika anda lebih gemar berkomunikasi dengan teks, anda boleh taip sahaja teks yang ingin diterjemahkan, kemudian Interpreter akan menghasilkan teks terjemahan. Anda juga boleh mengubah kedudukan teks supaya ia lebih mudah dibaca oleh orang di hadapan anda.

Interpreter boleh menterjemahkan Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun, dan banyak lagi bahasa lain
Teks bahasa Jepun itu boleh diterbalikkan supaya ia mudah dibaca oleh orang di hadapan anda

Perlu diingati bahawa anda perlu memuat turun pek bahasanya terlebih dahulu untuk menterjemahkan bahasa dalam Interpreter App.

Live Translate dan pelbagai lagi fungsi AI yang penting sudah pun ditawarkan dalam semua telefon Samsung Galaxy S24. Jika anda berminat untuk tahu lebih banyak maklumat tentang fungsi-fungsi Galaxy AI, anda boleh baca artikel ini.

Pembelian untuk siri Samsung Galaxy S24 telah pun dibuka dalam laman web Samsung. Jika anda membuat tempahan sebelum 10 Mac, anda boleh dapatkan tawaran menarik seperti:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy AI dalam Samsung Galaxy S24 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version