Jenama kenderaan elektrik (EV) smart kini sedang menganjurkan jerayawara smart Tour Brand Roadshow yang akan berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor sehingga 20 Oktober 2024. Para pengunjung boleh lihat dan pandu uji dua jenis EV iaitu smart #1 dan smart #3.
Anda boleh alami sendiri EV smart #3 BRABUS yang boleh memecut daripada 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.7 saat dengan mod Rocket Launch. Selain itu, smart #1 BRABUS pula menawarkan prestasi pecutan yang serupa, sepantas 3.9 saat.
Selain memandu uji, anda boleh cuba ciri-ciri EV smart seperti aplikasi Hello smart yang memudahkan anda mencari stesen pengecasan yang berdekatan dan meningkatkan pengalaman anda dengan kenderaan EV.
Jika anda berminat untuk membelinya, anda boleh dapatkan promosi WATT-A-Deal yang menawarkan penjimatan sehingga RM34,000 untuk smart #1 dan sehingga RM15,000 untuk smart #3.
Di samping itu, anda boleh sertai peraduan “WATT’s Your Next Destination with smart” yang dibuka kepada semua dalam Facebook dan Instagram, dan anda berpeluang memenangi kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM50.
Layari laman web smart untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadirinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

