Site icon TechNave BM

Ini 31 emoji baharu yang mungkin akan diperkenalkan pada tahun depan

Saban tahun, pelbagai jenis emoji baharu akan diperkenalkan dalam sistem operasi iOS dan Android bagi membenarkan pengguna meluahkan perasaan mereka dalam bentuk teks. Kini, Unicode Consortium sedang merancang untuk memperkenalkan 31 jenis emoji baharu dalam kemas kini pada tahun hadapan.

31 jenis emoji baharu ini akan diperkenalkan dalam kemas kini Emoji 15.0 dan ia termasuklah:

Emoji ini perlu diluluskan oleh Apple dan Google terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada para pengguna. Unicode Consortium akan memuktamadkan rekaan untuk emoji-emoji baharu ini pada bulan September 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan emoji baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Emojipedia

Exit mobile version