Site icon TechNave BM

Ini adalah sebab mengapa Tesla tersenarai antara jenama paling bahaya untuk dipandu

Kajian terkini oleh iSeeCars mendedahkan bahawa Tesla mencatatkan kadar kemalangan maut tertinggi di Amerika Syarikat. Data daripada Sistem Pelaporan Analisis Kemalangan Maut (FARS) menunjukkan Tesla mempunyai 5.6 kemalangan maut bagi setiap satu bilion batu perjalanan iaitu hampir dua kali ganda purata nasional iaitu 2.8.

Dua model Tesla tersenarai dalam kategori kenderaan paling berbahaya. Model Y berada di kedudukan keenam dengan 10.6 kemalangan maut per satu bilion batu perjalanan yang menjadikannya SUV ketiga paling berbahaya. Model S pula di tempat ke-21 dengan 5.8 kemalangan maut, dua kali ganda purata nasional.

Selain Tesla, jenama lain seperti Kia, Buick, Dodge dan Hyundai turut mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi. Kia berada di tempat kedua dengan 5.5 kemalangan maut per satu bilion batu perjalanan, diikuti oleh Buick (4.8), Dodge (4.4) dan Hyundai (3.9).

Walaupun Tesla sering mempromosikan teknologi bantuan pemandu canggih seperti Autopilot, data ini menunjukkan bahawa teknologi tersebut mungkin tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan maut.

Faktor seperti kecepatan tinggi yang mampu dicapai oleh kereta Tesla dan pengguna yang terlalu bergantung kepada sistem bantuan pemandu tanpa perhatian penuh mungkin menyumbang kepada statistik ini. Kajian ini menekankan agar pemandu tidak terlalu bergantung pada teknologi dan tetap fokus semasa memandu walaupun kenderaan dilengkapi ciri keselamatan canggih.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: iSeeCars

Exit mobile version