Site icon TechNave BM

Ini adalah tarikh terakhir pesanan di Shopee jika anda ingin barang sampai sebelum Hari Raya!

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Shopee telah memaklumkan tarikh terakhir pesanan sekiranya anda inginkan barang anda tiba di rumah sebelum hari perayaan. Tarikh terakhir pesanan ini berbeza mengikut syarikat penghantaran yang anda pilih.

Di dalam jadual yang dimuat naik, Shopee telah menyenaraikan 7 syarikat logistik yang terlibat iaitu Pos Laju, DHL, J&T Express, Ninja van, Shopee XPRESS, The Lorry dan City-link Express.

Jika anda meletakkan pesanan di Shopee selepas tarikh yang dinyatakan di atas, pesanan anda akan dihantar selepas perayaan Hari Raya.

Selain dari tarikh terakhir membuat pesanan, Shopee turut memberitahu jadual operasi syarikat logistik untuk memudahkan servis pengambilan dan penghantaran. Jadual ini memudahkan penjual untuk mengatur hari yang sesuai untuk menghantar barang pembeli.

Melihat kepada jadual yang ditunjukkan, ianya sedikit berbeza jika anda berada di negeri Kelantan dan Terengganu.

Semoga jadual ini dapat membantu anda untuk merancang pembelian barang sempena Hari Raya yang akan berlansung pada 14 Mei ini.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version