Site icon TechNave BM

Ini barangan elektronik, gajet murah yang anda boleh beli di jualan 12.12 Lazada!

Selain Shopee, salah satu laman e-dagang yang bakal melangsungkan jualan 12.12 adalah Lazada. Kami telah menyenaraikan senarai barangan elektronik dan gajet yang boleh dibeli dengan harga murah di Shopee, kini tiba giliran jualan akhir tahun di Lazada pula!

Untuk kemudahan anda, kami telah senaraikan peranti di bawah beberapa kategori. Antara peranti paling menarik untuk disambar adalah Samsung Galaxy A51 (8GB+128GB) berharga hanya RM950 semasa Flash Sale. Terdapat juga Sony WF-1000XM3 berharga hanya RM450 dan HUAWEI Watch GT2 berharga RM599.

Beberapa peranti di Lazada tidak mempunyai promosi sama di laman e-dagang yang lain. Jadi, kami sarankan anda untuk semak kedua-dua senarai di Lazada dan Shopee. Sebagai peringatan mesra, anda boleh menambah apa yang anda ingin ke beli ke Cart sebelum 12 tengah malam kerana pastinya ramai yang akan merebut promosi ini.

Telefon pintar

Audio

Jam tangan pintar

Komputer riba

Sebenarnya, terdapat banyak lagi tawaran lain. Apa yang kami senaraikan hanyalah peranti dengan harga terbaik berdasarkan pilihan kami. Anda boleh melihat laman jualan di Lazada untuk cari jika apa yang anda mahu termasuk dalam promosi. Selamat membeli-belah dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version