Site icon TechNave BM

Ini bukti yang sahkan nama sebenar 4 model iPhone 12 termasuk iPhone 12 mini baharu

Kita sudah lama dihantui dengan ura-ura mengenai Apple yang mungkin melancarkan empat varian iPhone 12 dalam waktu yang terdekat ini. Sumber terkini telah mendedahkan pelekat produk yang sepertinya mengesahkan kehadiran empat varian/model iPhone 12 seperti ura-ura sebelum ini.

Menurut pelekat tersebut, empat varian iPhone 12 tersebut adalah:

Gambar rekaan berdasarkan spesifikasi reka bentuk yang tidak rasmi

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai kerangka siri iPhone 12 yang turut hadir dengan beberapa model sama seperti yang dinyatakan di atas. Apa yang menariknya, Apple kali ini menghasilkan iPhone 12 mini yang bersaiz kecil, lebih kecil berbanding iPhone SE (2020).

Anda boleh membaca berita lepas mengenai ramalan spesifikasi dan harga iPhone 12 termasuklah khabar angin bahawa ia akan dilancarkan tanpa pengecas bersama (dijual berasingan) mungkin pada 13 Oktober ini.

Adakah anda teruja dengan kemunculan siri iPhone 12 baharu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Expreview

Exit mobile version