Site icon TechNave BM

Ini cara untuk dapatkan kad Touch n’ Go NFC percuma selepas anda daftar diri dalam PADU

Bagi menyambut peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) pada hari ini, 3,000 individu pertama yang mendaftarkan diri ke dalam sistem PADU akan menerima kad Touch n’ Go NFC secara percuma.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kad tersebut, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Daftarkan diri anda dalam laman web PADU (https://www.padu.gov.my/) dalam peranti milik anda sendiri, atau anda boleh daftarkan diri di kaunter PADU yang disediakan di luar Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC).
  2. Tunjukkan bukti pendaftaran PADU kepada petugas di kaunter pendaftaran PADU PICC.
  3. Dapatkan kad Touch n’ Go NFC di kaunter tersebut, selagi stok masih ada.

Perlu diingati bahawa kad ini hanya boleh dituntut di kaunter PADU PICC pada hari ini sahaja (2 Januari 2024) sebelum 5:00 petang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version