Site icon TechNave BM

Ini dia 10 video yang paling ‘trending’ di YouTube pada tahun 2020

Pada tahun ini, ramai rakyat Malaysia menghabiskan masa di rumah sambil menonton video terutamanya sewaktu pandemik COVID-19 yang melanda negara kita. Pelbagai jenis video boleh anda layari di dalam talian seperti video memasak, bersenam, video lawak dan lain-lain.

Terbaru, laman web penstriman video, YouTube telah mengumpul statistik dan menyenaraikan 10 video yang paling trending di YouTube pada tahun 2020.

Antara 10 video yang berada di dalam senarai ini, 8 daripadanya adalah video tempatan manakala dua lagi adalah video artis Korea menari dan dokumentari media luar negara mengenai perintah kawalan pergerakan di Malaysia. 8 Video tempatan dalam senarai ini kebanyakannya adalah daripada saluran Bahasa Melayu dan Mandarin.

Berikut adalah senarai rasmi video YouTube yang paling trending di Malaysia pada tahun ini:

  1. Changyong –【我說新年好 】官方MV feat.常勇Danny舒森培永Julene常樂
  2. DONA 도나 – Red
  3. Food VS Blue Food Challenge 빨간색 파란색 음식 챌린지 DONA 도나
  4. Isaac Osman – ais krim KITKAT, OREO, MICKEY MOUSE dan rakan-rakan bergaduh dalam perut (mukbang malaysia)
  5. Syahmi Sazli – Drama Spontan 20: Dua Gangster
  6. TV3MALAYSIA Official – [LIVE] Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir
  7. Alieff Irfan – KEJAR MASA x HAA TEPOK – MK TAMPARULI ( VERSI KAYA )
  8. Bros Gang TV – Experiment Gold Digger Test 4 : GF Ditawarkan RM20,000 Menjadi Artis Rakaman, SETIA ATAU CURANG?
  9. 低清DISSY – 【BRO!新年不要玩】2020最適合單曲循環新年歌!|MUSIC VIDEO |低清Dissy|
  10. 아는형님 Knowingbros – [선공개] 리사(LISA)의 ⚡️업그레이드된 태국 춤 = ‘게 춤’♪ (point. 무표정)

Adakah anda berpuas hati dengan senarai dari YouTube ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version