Site icon TechNave BM

Ini aplikasi untuk melancarkan perjalanan anda ketika musim perayaan!

“Jika kita gagal merancang, maka kita rancang kegagalan” begitulah kata-kata yang boleh diberikan kepada mereka yang ambil lewa tentang pentingnya merancang perjalanan. Selain memastikan kenderaan anda berada dalam prestasi terbaik untuk pemanduan berjam-jam, terdapat juga aplikasi pemanduan yang boleh membantu anda dalam perjalanan.

Namun sebelum itu, salah satu langkah awal dan penting sebelum perjalanan jauh adalah memastikan tangki anda diisi dengan kadar yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan ketika memandu. Jadi sekarang, mari kita lihat aplikasi yang membantu dalam melancarkan perjalanan anda.

Waze

Aplikasi Waze menawarkan navigasi, amaran jalan masa nyata dan keadaan trafik yang sentiasa dikemas kini. Menariknya, Waze juga menyokong navigasi luar talian walaupun sambungan internet anda terputus. Selepas memilih laluan pilihan anda, Waze akan menyimpan laluan anda pada telefon dan memastikan anda tidak tersesat. [Muat turun]

Aplikasi PLUS

Aplikasi PLUS pula memberikan anda keadaan trafik sebenar untuk merancang perjalanan. Didatangkan dengan akses masa nyata kepada CCTV di sepanjang lebuh raya, aplikasi ini menyediakan suapan kamera langsung kamera lebuh raya untuk anda bagi mengelakkan kesesakan atau memilih laluan yang diingini untuk tiba di destinasi. [Muat turun]

Touch N’ GO

Jika anda pengguna Smart Tag atau RFID, aplikasi Touch ‘N Go wajib ada pada telefon pintar anda. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai e-dompet tetapi aplikasi ini juga membolehkan anda memautkan kad Touch ‘N Go untuk menambah nilai kad terus daripada aplikasi. Jika tiada akses internet, anda boleh tambah nilai kad secara konvensional di kiosk Touch N’ Go. [Muat turun]

Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ kini membolehkan pengguna memuat naik pembayaran cukai jalan dan lesen memandu digital. Anda tidak perlu risau tentang kehilangan lesen memandu fizikal kerana aplikasi ini boleh menyimpan semua maklumat dengan selamat. [Muat turun]

Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version