Site icon TechNave BM

Ini iPhone yang masih dijual dan harga terkini di Malaysia selepas turun harga, bermula RM1,999

Ibarat sebuah tradisi, telefon pintar generasi terdahulu atau keluaran lepas pasti diturunkan harganya apabila telefon pintar generasi baharu hadir. Hal yang sama berlaku untuk produk Apple, terdapat beberapa iPhone yang sudah diberhentikan penghasilannya dan iPhone yang diturunkan harganya.

Penurunan harga dan penghasilan yang diberhentikan untuk beberapa model iPhone ini adalah selepas kemunculan siri iPhone 12 awal pagi tadi. Maklumat ini dipaparkan oleh laman web rasmi Apple Malaysia.

Model iPhone yang masih dijual dan harga terkininya:

ModelHarga AsalHarga Terkini
iPhone XRBermula RM3,599 sehingga RM4,299Bermula RM2,399 sehingga RM2,599
iPhone SE (2020)Bermula RM1,999 sehingga RM2,699Bermula RM1,999 sehingga RM2,699
iPhone 11Bermula RM3,399 sehingga RM4,099Bermula RM2,899 sehingga RM3,599

Selain model di atas, pastinya model yang akan dijual kelak adalah iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Seperti yang anda dapat lihat, iPhone SE (2020) tidak mengalami penurunan harga, tetapi iPhone 11 dan iPhone XR mengalami penurunan harga yang agak banyak.

Manakala ini adalah model iPhone yang sudah diberhentikan penghasilan dan harga terdahulunya:

ModelHarga TerdahuluStatus
iPhone 11 ProBermula RM4,899 sehingga RM6,499Diberhentikan
iPhone 11 Pro MaxBermula RM5,299 sehingga RM6,899Diberhentikan

Untuk model yang diberhentikan, pengguna model tersebut masih boleh mendapat kemas kini akan datang seperti biasa. Hanya pengeluaran di laman web Apple sahaja diberhentikan untuk memberi laluan kepada peranti baru iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Sepintas lalu, siri iPhone 12 akan dijual di Malaysia bermula dengan harga RM3,399. Anda boleh menyemak berita pelancaran, spesifikasi dan harga selanjutnya disini.

Adakah anda akan membeli iPhone baru atau model terdahulu yang lebih murah? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple MY

Exit mobile version