Intel Corp dilapor menghentikan sebahagian projek pembungkusan dan ujian cip baharunya di Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada pelaburan USD 7 bilion atau ~RM30.36 bilion yang diumumkan pada 2021.
Menurut sumber, ia adalah disebabkan isu aliran tunai yang menyebabkan Intel menggantung pembayaran dividen dan memulakan pemberhentian pekerja di seluruh operasinya di seluruh dunia. Laporan itu menambah bahawa pemberhentian sementara mungkin akan menjejaskan kilang baharu Intel dan bukan operasi sedia ada.
Seterusnya, laporan itu mendakwa Intel akan mengurangkan bilangan pekerjanya di Pulau Pinang sebanyak kira-kira 15% iaitu sekitar 2,000 pekerja. Bagaimanapun, jurucakap Intel tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu apabila ditanya oleh wartawan dan tidak mengumumkan sebarang perubahan pada rancangan.
Selain itu, ia berkata Malaysia akan kekal sebagai pasaran penting kerana Intel membina sejarahnya yang panjang dan membanggakan di sini. Nantikan pengumuman lanjut daripada Intel Malaysia mengenai isu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Star|The Edge Malaysia

