Site icon TechNave BM

Ini rekaan awal Xiaomi Mi 11: Snapdragon 875, kamera ‘selfie’ tersembunyi bawah skrin, 5 kamera

Siri Xiaomi Mi 10 telah dilancarkan pada awal tahun lalu. Tidak terhenti disitu, Xiaomi melancarkan siri Xiaomi Mi 10T dengan penawaran spesifikasi yang setanding dengan harga lebih berpatutan berbanding siri Xiaomi Mi 10. Terkini, sumber telah mendedahkan rekaan awal Xiaomi Mi 11.

Untuk pengetahuan anda, gambar ini bukan dari sumber rasmi Xiaomi. Namun, ura-ura ini memperlihatkan perbezaan ketara dari segi rekaan, terutama potongan kamera belakang dan rekaan skrin hadapan dengan kamera swafoto tersembunyi.

Anda mungkin boleh melihat trend terbaru kamera swafoto di bawah skrin pada tahun hadapan. Perkara ini tidak mustahil untuk Xiaomi kerana mereka pernah mempamerkan teknologi ini pada Xiaomi Mi 10 Ultra.

Turut terlihat dalam gambar rekaan ini adalah lima modul kamera. Menurut sumber, salah satu dari modul kamera adalah lensa periskop. Namun, kami tidak dapat mengagak jika Xiaomi masih akan mengekalkan kamera 108MP atau menaik tarafnya.

Semestinya juga, Xiaomi Mi 11 akan dijana cipset flagship terbaru yang akan dilancar pada hujung tahun ini, Snapdragon 875. Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy S21 dikatakan mendahului Xiaomi sebagai telefon pertama yang dijana Snapdragon 875.

Apakah pandangan anda mengenai gambar rekaan Xiaomi Mi 11 yang mungkin dilancarkn pada tahun hadapan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version