Site icon TechNave BM

Ini senarai peranti Samsung yang bakal terima Android 11 dalam masa terdekat

Berita mengenai Android 11 sebenarnya tidak asing lagi untuk pengguna telefon pintar. Terkini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Samsung telah mula mengemas kini bahagian dalaman aplikasi dan servis untuk kesesuaian dengan Android 11 dan terdapat senarai peranti Samsung yang bakal menerima Android 11.

Sememangnya, telefon pintar flagship Samsung seperti siri Samsung Galaxy S20 merupakan kelompok awal yang bakal menerima Android 11. Kemas kini Android 11 bakal diterima sebelum berakhirnya tahun 2020.

Menurut polisi syarikat Samsung berkenaan sokongan peranti, ini adalah senarai peranti yang bakal menerima Android 11:

Tambah sumber, Samsung telah menerima pelbagai reaksi dan maklum balas melalui acara Unpacked termasuklah untuk melanjutkan tempoh sokongan telefon pintarnya. Samsung dikatakan bakal membekalkan kitaran kemas kini selama tiga tahun, contohnya Galaxy S10 boleh menerima Android 11 dan dan Android 12.

Adakah peranti anda tersenarai? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai Android 11.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version