Site icon TechNave BM

Inilah gambar tidak rasmi telefon lipat pertama dari Xiaomi! Boleh jadi tablet

Rasanya sudah menjadi kebiasaan untuk pendedah maklumat mendedahkan rekaan peranti secara tidak rasmi melalui cara ini. Terkini, peranti boleh lipat Xiaomi dilihat untuk pertama kalinya, digunakan oleh orang awam (mungkin ‘orang dalam’ Xiaomi).

Sebelum ini, anda mungkin sudah melihat imej prototaip peranti lipat Xiaomi melalui mana-mana sumber. Namun, kali ini anda boleh melihat sendiri skrin peranti yang telah dibuka lipatannya, menjadi seperti sebuah tablet. Garisan kedutan lipatan di tengah dan bezel tebal juga dapat dilihat dengan jelas.

Kedutan di tengah hasil lipatan adalah perkara yang masih tidak boleh dielak walaupun pada Samsung Galaxy Z Fold2. Menurut sumber lalu, peranti lipat Xiaomi bakal dilancar pada tahun ini.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai Xiaomi atau peranti andalan Xiaomi Mi 11 di pautan yang disediakan.

Beritahu komen anda mengenai peranti lipat Xiaomi di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version