Site icon TechNave BM

Inilah hampir semua spesifikasi Samsung Galaxy S20 Fan Edition yang bocor

Jika anda masih tidak tahu, pelancaran Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) akan berlangsung pada 23 September 2020 ini. Menjelang pelancarannya, hampir semua spesifikasi asasnya terdedah melalui gambar di laman web pra-tempah yang diambil oleh pendedah maklumat terkenal.

Evan Blass melalui siarannya mendedahkan laman pra-tempah Samsung Galaxy S20 FE, sekaligus mengesahkan beberapa spesifikasi. Antara spesifikasi yang terlihat adalah skrin FHD+ Infinity-O 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz, rating IP68, cip Snapdragon 865, RAM 8GB dan storan 128GB.

Turut hadir adalah bateri 4500mAh, sokongan cas pantas 25W (dijual berasingan memandangkan Samsung hanya memberi pengecas 15W), tetapan kamera 12MP (lebar) + 12MP (ultra lebar) + 8MP (telefoto) dan kamera swafoto 32MP.

Berdasarkan gambar, terdapat ciri 30X Super-Resolution Zoom, Night Mode, Single Take dan Super Steady Mode. Anda juga boleh melihat Samsung Galaxy S20 FE yang bakal ditawarkan dengan enam pilihan warna; merah jambu dengan tona ungu, hijau, biru, merah, jingga dan putih.

Apakah pendapat anda? Adakah Samsung bakal membawa kesemua pilihan warna ini untuk pasaran Malaysia? Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Evan Blass melalui Android Authority

Exit mobile version