Site icon TechNave BM

Inilah imej rekaan set kepala VR Apple yang mungkin berharga cecah ~RM10,000

Baru-baru ini, khabar angin dan maklumat yang lebih jelas mengenai set kepala (headset) realiti maya (VR) dari Apple telah mula timbul. Terkini, seorang pereka telah berjaya menghasilkan imej rekaan set kepala VR Apple berdasarkan ura-ura yang ada.

Imej rekaan ini dijana melalui lukisan yang didakwa sebagai prototaip set kepala VR Apple. Sepintas lalu, ia dilapor bakal hadir dengan resolusi tinggi 8K dan teknologi penjejakan mata. Melalui sumber yang lalu juga, set kepala VR Apple ini dijangka hadir di pasaran dengan harga $3,000 (~RM12,127).

Lukisan prototaip dari The Information

Setakat ini, kita mungkin tidak boleh membayangkan fungsi dan keupayaan penuhnya sebagai peranti berfokuskan realiti maya dari Apple, namun adakah peminat realiti maya sanggup berbelanja mencecah RM10,000 untuk peranti ini? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita mengenai sistem VR lengkap semua dalam satu Oculus Quest 2 yang telah diumumkan oleh Facebook pada tahun lepas.

Sumber: AntonioDeRosa melalui 9to5Mac

Exit mobile version