Site icon TechNave BM

Inilah konsep iPhone 13 dengan takuk kecil, tiada port pengecas, Touch ID bawah skrin

Walaupun siri iPhone 12 masih lagi hangat dibualkan oleh peminatnya, ura-ura mengenai siri iPhone 13 sudah mula menjengah dunia telefon pintar. Terkini, video konsep yang direka oleh sebuah akaun telah didedahkan, berlandaskan ura-ura terkini mengenai siri iPhone 13.

Menurut video konsep ini, ia memaparkan iPhone 13 tanpa port pengecasan (ura-ura) dan rekaan bentuk badan yang dilihat seperti siri iPhone 12 yang lepas. Namun, terdapat perbezaan dari segi skrin seperti yang dikhabarkan dalam berita lepas seperti bezel lebih nipis dan takuk yang lebih kecil.

Kolaborasi dengan LetsGoDigital

Walaupun imej rekaan ini adalah sekadar konsep dari ura-ura sahaja, namun peminat boleh membayangkan rupa iPhone 13 yang akan datang. Untuk pengetahuan anda, iPhone 13 turut dikhabarkan bakal hadir dengan sensor cap jari di bawah skrin. Apple dilapor sedang bercadang sama ada untuk menggunakan teknologi ultrasonik atau sensor optikal untuk Touch ID di bawah skrin.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai siri iPhone 13 di pautan ini. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version