Site icon TechNave BM

Inilah masa untuk dapatkan komputer riba MSI, Mid-Year Promo serendah RM2,999

Kesabaran anda dalam mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan terdahulu mungkin perlu diberi ganjaran. Anda mungkin boleh membeli komputer riba sebagai ganjaran untuk diri anda. Sejajar dengan itu, MSI kini mengadakan promosi jualan pertengahan tahun MSI Mid-Year Promo!

MSI Mid-Year Promo telah berlangsung bermula 22 Jun 2020 sehingga 12 Julai 2020. Jika anda membeli model MSI Prestige, anda layak membawa pulang beg edisi khas MSI Stealth Trooper Backpack. Bakal pembeli model MSI Modern juga layak membawa pulang MSI Wireless Mouse.

Sebagai tambahan, gamer yang ingin mendapatkan siri Alpha 15 layak membawa pulan MSI Gaming Headset dan Kad Touch ‘n Go Alpha Edition secara percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan, anda boleh mengunjungi laman web rasmi MSI. Adakah anda bakal mendapatkan tawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

Exit mobile version