Site icon TechNave BM

Inilah punca internet unifi perlahan, kini telah dibaik pulih dan semakin laju

Terkini, Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa pihak mereka telah berjaya menurunkan trend kesesakan rangkaian yang menghasilkan kelajuan internet yang lebih baik. Bukan itu sahaja, TM juga berjaya memulihkan sepenuhnya rangkaian yang perlahan berpunca daripada kerosakan kabel yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Kelajuan internet yang lebih baik ini dicapai melalui pengesanan titik punca kesesakan rangkaian. Langkah-langkah sewajarnya telah diambil dan kini melahirkan keputusan yang baik. Tidak terhenti di situ, pihak TM turut berkomunikasi dengan penyedia platform penstriman, permainan dan produktiviti global untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu kerosakan kabel terdahulu juga telah dibaik pulih rangkaiannya. Pihak TM telah mengalihkan haluan menerusi laluan sambungan antarabangsa alternatif untuk pelanggan terus menikmati kelajuan rangkaian internet.

Jika anda masih tidak tahu, pelanggan pascabayar unifi Mobile akan terus menikmati pas hotspot LTE 999GB PERCUMA, sebagai tambahan kepada pas hotspot LTE 10GB sedia ada. Pelanggan pra-bayar unifi Mobile #BEBAS akan terus menerima pas data 7 hari tanpa had PERCUMA. Selain itu, pelanggan unifi TV boleh kekal terhibur dengan akses PERCUMA kepada kesemua saluran di unifi TV, termasuklah saluran premium dan unifi PlayTV. Tawaran ini adalah untuk membantu anda kekal berada di rumah bagi mematuhi PKP.

Adakah anda masih mengalami masalah internet perlahan? Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version