Site icon TechNave BM

Inilah punca sebenar ketiadaan episod baru anime One Piece, gara-gara COVID-19!

Jika anda menonton anime One Piece sehingga ke episod terkini, anda pasti bingung tentang ketiadaan episod baharu anime tersebut. ‘Orang dalam’ One Piece telah mengumumkan bahawa episod anime tersebut yang terkini ditangguhkan berikutan penularan COVID-19. Untuk makluman anda, episod terkini sebenarnya dijadualkan pada 26 April.

‘Orang dalam’ yang dimaksudkan adalah suara bahasa Jepun Monkey D Luffy, Mayumi Tanaka. Mayumi memaklumkan bahawa rakaman untuk episod seterusnya telah ditangguhkan melalui sebuah sumber. Usah bimbang, semestinya mereka akan memulakan kembali rakaman setelah penularan ini reda.

Sepintas lalu, episod terkini One Piece yang ditangguhkan adalah episod 930. Adakah anda merupakan peminat One Piece? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Spoiler Guy | cnBeta

Exit mobile version